Tiga lagi kawasan dikenakan PKPD di Sabah

Tiga lagi kawasan dikenakan PKPD di Sabah

Kerajaan mengumumkan pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang di Kudat bermula 30 Oktober sehingga 12 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD bagi ketiga-tiga lokaliti berkenaan merangkumi sebanyak 2,393 unit rumah yang melibatkan seramai 13,884 penduduk.
“SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagaimanapun, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 6 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli keperluan asas,” katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 31 Oktober sehingga 13 November depan.
“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Labuan bermula 17 Oktober sehingga 30 Oktober.

“KKM (Kementerian Kesihatan) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang dikesan dalam kalangan penduduk di Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk melakukan tindakan dalam isu PKP.
Katanya, ia melibatkan perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Sekarang apa kita lakukan adalah jangka masa pendek, dan kita sedang merancang untuk membuat perancangan jagka masa panjang.

“Ada sembilan kluster diwujudkan untuk perancangan jangka masa panjang merangkumi semua semua sudut, sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan kesihatan

“Jawatankuasa ini telah dibentuk, menteri berkaitan telah dilantik mengetuai sembilan kluster tersebut, mereka sedang merangka cadangan jangka panjang dan sederhana ini untuk dibentangkan dalam jawatankuasa induk,” katanya.

Berita penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-lagi-kawasan-dikenakan-pkpd-di-sabah-ismail-sabri-265724

COMMENTS