Tiket konsert Rossa cecah RM5 ribu, orang ramai mengeluh

Tiket konsert Rossa cecah RM5 ribu, orang ramai mengeluh. Baru-baru ini, tular satu ciapan di platform Twitter seorang pengguna mengeluh apabila mendapati harga tiket konsert penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa tidak seperti apa yang dibayangkan.

Harga tiket konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada November ini telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa melihat bertapa mahal harga tiketnya.

Bukan hanya kecewa, mereka turut membandingkan harga tiket konsert Rossa dengan penyanyi antarabangsa yang lain seperti Mariah Carey, dimana mereka merasakan jauh lebih murah dari yang ini.

Tiket konsert Rossa cecah RM5 ribu, orang ramai mengeluh

Is that for real? I guess that’s seat for the dato’ and datin je.
Biarpun ramai yang merasakan harga tiket itu tidak masuk akal, ada yang beranggapan harga tiket RM5000 itu untuk diperuntukkan beberapa kerusi sahaja atas tujuan kebajikan, sama seperti konsert sebelum ini.

Sekadar info, diva Indonesia ini bakal mengadakan konsert Rossa 25 Shining Years pada 22 November 2022 di Plenary Hall, KLCC dan tiket dijual mulai harga RM218, RM358, RM488, RM1288, RM1800, RM4000 dan RM5000.

BACA:

Alif Hadi dituduh berkesedudukan dengan Yasmin Hani kerana video ini

Nad Zainal dan suami bercerai setelah 7 tahun kahwin

Pertanyaan anak Zizie Izette buat ramai sayu

+ posts