’TMJ panggil Sanusi badut, Sanusi panggil TMJ lanun bola’, netizen anggap macam budak-budak gaduh

’TMJ panggil Sanusi badut, Sanusi panggil TMJ lanun bola’, netizen anggap  macam budak-budak gaduh

’TMJ panggil Sanusi badut, Sanusi panggil TMJ lanun bola’, netizen anggap macam budak-budak gaduh. “Apa perasaan kamu kalau saya kata kamu lanun bola sepak?,” soal Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, pelbagai gelaran diberikan kepadanya hanya kerana bertindak mempertahankan sukan bola sepak di negara ini.

Jelasnya, apa yang sebenarnya beliau mahukan adalah sukan bola sepak negara ini mempunyai sistem yang adil kepada setiap pasukan bertanding.

“Pemilik kelab JDT (Johor Darul Ta’zim) ini tak boleh orang kata pada dia, dia kata pada orang, apa pun tak apa. Kalau orang kata dia lanun bola sepak apa dia rasa?

“Kata saya badut, pemecah belah. Saya nak kata dia lanun bola sepak, dia nak jawab apa? Apa perasaan kamu kalau saya kata kamu lanun bola sepak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

’TMJ panggil Sanusi badut, Sanusi panggil TMJ lanun bola’, netizen anggap macam budak-budak gaduh

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kota Setar di Masjid Nurul Ihsan, Langgar, yang turut dihadiri EXCO Penerangan negeri, Datuk Wan Romani Wan Salim.

Semalam, pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meminta pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Daud Bakar agar menasihati Muhammad Sanusi, melalui komen di media sosial peribadinya.

Dalam komen itu, Tunku Ismail turut menggesa Muhammad Sanusi agar dapat menjaga sikap dan menunjukkan keperibadiannya sebagai seorang Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi menafikan menjadi pemecah kepada sukan bola sepak, sebaliknya berjaya menyatukan peminat sukan itu di negara ini.

“Saya bukan pemecah, saya menyatukan peminat bola sepak dalam satu kesatuan bola sepak untuk orang ramai di padang yang sama luas, pemain sama ramai dan pintu gol sama saiz.

“Rasanya pemain tak sama ramai, jadi apabila pengadil masuk sebelah (pasukan) sana, jadi pemain (pasukan) dia lebih ramai. Saya mahu pemain sama ramai dan pengadil duduk di tengah mengadili,” katanya.

BACA:

Kecoh seorang ibu mengamuk di pejabat Air Kelantan, jawapan AKSB bikin sakit hati

’Aku besarkan anak bukan untuk kau belasah’, reaksi bapa mertua dia bikin puas hati

Video ini buktikan betapa ‘racist’nya rakyat Malaysia