Trump ‘ketua penghasut’ rusuhan di Capitol

Trump ‘ketua penghasut’ rusuhan di Capitol

Pendakwa raya dari parti Demokrat menyifatkan Donald Trump sebagai `ketua penghasut’ pada hari dan sebelum kejadian rusuhan di bangunan Capitol.

Memetik laporan BBC, para senator yang hadir pada prosiding perbicaraan pendakwaan kedua terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu turut didedahkan video dramatik dan grafik keganasan baharu yang berlaku semasa rusuhan tersebut.

Rakaman keselamatan itu juga menunjukkan betapa dekatnya jarak perusuh dengan ahli politik yang bersidang dalam Kongres ketika kejadian tersebut.

Rakaman tersebut turut menunjukkan polis yang berada di dalam bangunan itu membawa kesemua ahli politik ke tempat selamat.

Dalam satu rakaman audio yang dimainkan, kedengaran pegawai keselamatan meminta bantuan dan memberitahu perusuh mereka akan menggunakan senjata seperti pemukul dan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan.

Delegasi Stacey Plaskett yang mengemukakan bukti itu berhujah bahawa bekas presiden itu mengalakkan keganasan  secara sengaja dan mensasarkan beberapa pemimpin kanan termasuk bekas Naib Presiden, Mike Pence.

Dalam pada itu, Ketua Pendakwa Raya, Jamie Raskin memulakan hujahnya dengan berkata bahawa Trump tidak boleh dilihat sebagai `pemerhati yang tidak bersalah’ dalam kejadian rusuhan pada 6 Januari lalu.

Pengurus pendakwaan itu kemudian menggunakan hantaran media sosial dan klip Trump bagi menggambarkan cara bekas presiden itu menghabiskan masa berminggu-minggu menghasut penyokongnya dengan menyatakan pilihan raya November lalu adalah penipuan.

Sumber:https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/02/trump-ketua-penghasut-rusuhan-di-capitol/

COMMENTS