Tuan Ibrahim bersama lima ahli keluarga disahkan positif Covid-19

Tuan Ibrahim bersama lima ahli keluarga disahkan positif Covid-19

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama lima ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, dia dan empat anak serta seorang cucu disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19. Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu.

“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam, bagaimanapun dia disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” ujarnya melalui ciapan di laman Twitternya hari ini.

BACA JUGA : Dakwa Tentera tak buat kerja, Harith Iskander dimalukan Tentera diruang komen

COMMENTS