Tular video banjir gunung jerai ibarat Tsunami

Tular video banjir gunung jerai ibarat Tsunami

Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini, petang tadi, umpama tsunami kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.

Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk, Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya, semasa kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai ‘mengganas’ sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya.

“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air ini dah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga hingga titi, jalan runtuh, kereta hanyut dan ada yang meninggal, saya rasa sangat takut,” katanya kepada pemberita di Kampung Setol di sini, malam ini.

BACA JUGA : Frontliner kongsi video seram di hospital ketika sedang bertugas

Salwa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang tadi dan air mulai surut sekitar 7.30 malam, dan bencana itu juga telah menyebabkan bekalan air di rumahnya terputus.

Seorang lagi penduduk, Jaafar Man, 62, berkata, buat masa ini, beliau dan keluarga sedang berlindung di dalam bangunan yang lebih tinggi, kerana bimbang paras air kembali naik.

Jaafar yang merupakan pemilik Kem Kenari Nature Park di kawasan Titi Hayun berhampiran Gunung Jerai itu berkata, kawasan kem telah ditenggelami air serta pasir sehingga paras pinggang.

“Buat masa ini, saya serta tujuh lagi ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Bekalan elektrik, makanan dan minuman semua masih ada dan mencukupi pada masa ini, hanya bekalan air terputus.

BACA JUGA  : Cebisan mayat rakyat Afghanistan pada roda pesawat AS

“Hujan lebat petang tadi telah menyebabkan banyak fasiliti di kem termasuk rumah inap, surau, kolam, ruang mesyuarat dan kantin ditenggelami air.

“Banyak juga cermin dan struktur bangunan pecah akibat dilanggar kayu balak yang dihanyutkan,” katanya yang telah mengusahakan kem rekreasi berkenaan selama 21 tahun.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/744116/banjir-akibat-kepala-air-gunung-jerai-umpama-tsunami-kecil

COMMENTS