Tular video gadis terjun kereta kerana bergaduh dengan BF

Tular video gadis terjun kereta kerana bergaduh dengan BF

Gadis nekad terjun kereta selepas bergaduh dengan kekasih.Seorang gadis nekad terjun daripada sebuah kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya juga dipercayai merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut.

Menerusi perkongsian video kejadian oleh Mat Jie di laman media sosialnya, dia nyaris melanggar wanita itu selepas dia bertindak keluar daripada Perodua Myvi yang ketika itu sedang dipandu di jalan utama.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor.

BACA JUGA : “Boleh beli tanah, kahwin 2 kali!” – Netizen dedah yuran sekolah anak pertama Nora Danish

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas kejadian yang berlaku pada wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

COMMENTS