Tular video kambing hitam jalan berdiri macam manusia

Tular video kambing hitam jalan berdiri macam manusia

Pelbagai kejadian yang aneh boleh berlaku di persekitaran kita sama ada disedari ataupun tidak. Disebabkan itu, pelbagai perasaan ataupun emosi boleh bergabung sama ada teruja, bimbang, risau ataupun gembira.

Sekiranya kejadian itu tidak menjejaskan keberanian seseorang mungkin tidak menjadi masalah, tapi bagaimana pula jika sebaliknya? Atau apa yang boleh anda fikirkan sekiranya ternampak gelagat seekor kambing hitam yang berjalan dengan hanya menggunakan dua kaki di belakangnya sahaja.

Situasi sebegitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Alexandre Souza yang memaparkan seekor kambing berwarna hitam seakan berdiri dengan dua kaki dan berjalan memasuki satu ruang.

BACA JUGA : Ibu selesai kuarantin Covid-19, tergamak bunuh tiga anak

Pergerakan perlahannya itu sambil diekori oleh seekor ayam menimbulkan pelbagai tanda tanya di dalam kalangan warganet. Merujuk kepada kapsyen yang diturunkan oleh Alexandra Souza, dia mengatakan bahawa ingin menjual kambing tersebut tanpa sebab melainkan ingin jauhkan diri daripada kambing tersebut. Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan sememangnya pemilik haiwan tersebut atau hanya berkongsikan video itu sahaja.

Menariknya, video tersebut telah ditonton lebih 2.8 juta kali, raih 17 ribu tanda suka dan 152 ribu perkongsian.

Apabila melihat rakaman ‘seram’ ini, mungkin boleh diketahui alasan mengapa kambing tersebut hendak dijual. Bagaimana pula dengan pendapat anda menerusi rakaman ini ?

Sumber – SK

BACA JUGA : Tular video pesakit covid-19 mahu masuk Islam sebelum ditidurkan

COMMENTS