Tular video kepala gadis ini tersangkut di lubang kaunter pertanyaan

Tular video kepala gadis ini tersangkut di lubang kaunter pertanyaan

KAUNTER pertanyaan lazimnya akan dibina sebuah tingkap kecil bagi memudahkan urusan. Ia sama ada di bina pada bahagian tengah atau bawah.

Adakalanya, lubang kecil berkenaan menyebabkan kita tidak dapat mendengar dengan jelas informasi yang disampaikan, terutamanya apabila pemakaian pelitup dan pelindung muka.

Baca juga: Tular video cctv lelaki cium kepala wanita pula

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok video yang memaparkan aksi seorang gadis berkaca mata yang mana kepalanya tersangkut pada lubang kaca di sebuah kaunter sebuah premis.

Video berdurasi 16 saat itu jelas menunjukkan kepalanya tersangkut. Gadis berkenaan cuba menarik keluar kepalanya namun tersekat pada bahagian telinga.

Hasil pertolongan orang disekitarnya, gadis berkenaan berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

@bangsatt23WKWKKWKW. #GoodDayGoodJam #fypシ #fypgani #xyzbca #fyp

♬ original sound – Ikram Afro – Kribo Tiktok

Menjengah ke ruangan komen, warga maya terhibur dengan situasi yang berlaku. Malah ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga membolehkan dia memasukkan kepalanya ke dalam lubang kaunter berkenaan.

Diharapkan korang tidak melakukan perbuatan berbahaya seperti ini. Tambahan pula jika panik.

Jika tidak dibantu orang sekeliling, ia berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.

Sumber : SP

COMMENTS