Tular video kereta kemalangan, pemandu terbakar hidup-hidup

Tular video kereta kemalangan, pemandu terbakar hidup-hidup

Pemandu kereta rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer (km) 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Kereta model Sangyong yang dipandu mangsa disyaki terbabas sebelum merempuh lori dan penghadang jalan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian kira-kira pukul 5.14 petang.

BACA JUGA : Tinggalkan JDT? Ini penjelasan TMJ

“Lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, petugas mendapati kebakaran berlaku melibatkan kereta jenis Ssangyong yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori dan penghadang jalan di lokasi.

BACA JUGA : Tular video lelaki ditetak ketika beli laksa

“Kemalangan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan selepas api dipadamkan. Setakat ini, identiti mangsa belum dapat dipastikan,” katanya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/31/pemandu-rentung-kereta-terbakar/

COMMENTS