Tular video Lambhorghini tak bayar tol, lalu bawah palang

Tular video Lambhorghini tak bayar tol, lalu bawah palang

Setiap kali pengguna jalan raya akan melalui laluan tol, kadang-kala sudah pasti ada rasa sedikit berdebar kerana tidak pasti samada baki di dalam kad Touch ‘n’ Go, e-wallet atau SmartTAG mencukupi ataupun tidak.

Sejak sehari dua lalu, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta model Lamborghini Aventador telah lalu di bawah palang tol di laluan SmartTAG dan lampu di paparan skrin menunjukkan warna merah.

Video tersebut telah mencetus pertikaian pelbagai pihak di media sosial. Ada yang menyatakan baki pada SmartTAG kereta Lamborghini itu tidak cukup kerana lampu pada paparan skrin masih lagi berwarna merah.

BACA JUGA : “Kata taubat dah pergi tabligh” -Fara Salleh rimas diganggu Shuk?

Ada sebahagian lain pula memberikan pendapat berbeza, mereka menyatakan duit pada SmartTAG tetap ditolak dan palang tol tidak terangkat kerana sensor pada sistem palang tol tidak dapat mengesan kereta yang bersaiz rendah.

Akaun TikTok rasmi Rapid KL turut berkongsi komen yang melucukan dengan menyatakan bas-bas mereka tidak boleh melepasi bawah palang tol seperti yang dibuat oleh kereta Lamborghini tersebut.

Bagaimana pula dengan pendapat anda, adakah SmartTAG pada kereta Lamborghini itu ditolak atau sebaliknya?

Kami menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa memeriksa baki Touch ‘n’ Go dan SmartTAG anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kesulitan kepada ramai pihak.

Sumber : https://www.thevocket.com/smarttag-tolak-ke-tak-lamborghini-lalu-bawah-palang-tol-cetus-tanda-tanya-netizen/

COMMENTS