Tular video Lamborghini hentam Proton Perdana sampai terbalik

Tular video Lamborghini hentam Proton Perdana sampai terbalik

Sebuah kereta mewah Lamborghini dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun hilang kawalan lalu merempuh sebuah Proton Perdana sehingga terbalik di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang pagi Rabu.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, sekurang-kurangnya tiga lagi kenderaan lain turut terlibat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan, kesemua pemandu kenderaan yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

BACA JUGA : Tular video peguam terjun dari bangunan tertinggi di Sarawak

“Siasatan awal mendapati, kereta mewah tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Lelaki terbabit gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun sekali gus menyebabkan kenderaan itu terbalik.

“Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

BACA JUGA : Terbongkar kisah sebenar runtuhan WTC 9/11

Beliau berkata, keputusan ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut negatif dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lamborghini-rempuh-proton-perdana-hingga-terbalik-318672

COMMENTS