Tular video lelaki ditetak ketika beli laksa

Tular video lelaki ditetak ketika beli laksa

Seorang lelaki cedera parah diserang sekumpulan enam lelaki ketika sedang membeli laksa di sebuah gerai di Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja kilang berkenan diserang kumpulan individu yang memakai topeng muka dan dipercayai bersenjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata, mangsa pada mulanya dikatakan pergi ke sebuah gerai untuk membeli laksa sebelum saksi melihat dia berlari masuk ke dalam kawasan perniagaan tapak pasar malam.

BACA JUGA : Kisah polis teraniaya, meninggal dalam penjara difitnah merogol

“Mangsa dikatakan dikejar oleh beberapa lelaki yang memakai baju lengan pendek dan bersarung muka.

“Saksi mendakwa mangsa ditetak di tepi jalan ketika berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini dan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kehilangan banyak darah.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat kesan tetakan pada kedua-dua belah tapak tangan, kesan toreh pada kedua-dua belah paha dan tetakan pada belakang kepala mangsa.

“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu tambah Chong Chern, polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut manakala tiada liputan televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kejadian berkenaan tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi rakaman video memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dan berlumuran darah selepas ditetak.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/lelaki-parah-ditetak-ketika-beli-laksa/

COMMENTS