Tular video satu kampung masuk islam di India

Tular video satu kampung masuk islam di India

Lebih dari 15 keluarga Hindu dari sebuah kampung di daerah Pudukkottai, Tamil Nadu, India telah membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Menurut laporan, mereka membuat keputusan untuk memeluk Islam disebabkan diskriminasi kasta yang dilakukan oleh pihak Hindu yang berkasta tinggi sedangkan di dalam Islam tiada sistem kasta.

BACA JUGA : ‘Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah’, kata Sanusi

Antara diskriminasi yang mereka hadapi adalah;
– Penduduk berkasta rendah dihalang untuk mandi di kolam air awam
– Penduduk berkasta rendah juga dihalau dari menggunakan pam air awam di India
– seorang penduduk berkasta rendah telah hilang dalam keadaan misteri (disyaki dibunuh)
– Laporan polis telah dibuat tetapi tiada tindakan dari pihak polis.

Selain itu, tiada perlindungan keselamatan dari masyarakat Hindu di kawasan itu telah menyebabkan penduduk telah membuat keputusan untuk memeluk Islam secara beramai-ramai.

Salah seorang dari penduduk kampung berkata;

“Kami ingin hidup sebagai manusia dan tidak rela menjalani kehidupan yang lebih hina dari anjing. Sebab itu kami memilih untuk memeluk Islam. Kami ingin mengakhiri penderitaan ini dengan memeluk Islam.”

Benarlah sabda Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam;
“Masuklah Islam, nescaya Anda akan selamat”
(HR Bukhari)

COMMENTS