Tun M bakal bertanding PRU15, kembali jadi calon PM?

Tun M bakal bertanding PRU15, kembali jadi calon PM?. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan untuk bertanding semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Beliau bagaimanapun, berkata hasrat itu hanya akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan ahli dan faktor kesihatan yang mengizinkan.

“Bila dekat pilihan raya kita buat keputusan. Kalau perlu bertanding saya akan bertanding.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, dia sentiasa berada dalam keadaan serba salah apabila berhadapan pertanyaan penyokong parti berkaitan perkara itu.

“Banyak pihak kata saya ni dah tua, tak usah (bertanding). Bagi peluang kepada orang muda, malah ada penyokong yang marah kalau saya kata tak nak bertanding (lagi).

Tun M bakal bertanding PRU15, kembali jadi calon PM?

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berkata PRU-15 tidak sesuai diadakan dalam waktu terdekat kerana kerajaan dilihat dalam keadaan terumbang ambing menguruskan negara.

“Saya fikir kita perlu tunggu dan tak boleh gopoh (mengadakan PRU-15). Saya kurang yakin dengan kebolehan kerajaan kerana (seolah-olah) tak tahu apa nak buat.

“Cara pentadbiran pun lambat. Ada duta sampai berbulan-bulan tidak dipilih, bila pilih pula ambil orang politik jadi duta, kemudian berhentikan,” katanya.

BACA:

Tarikh bayaran BKM tambahan RM500, jom semak

Buat hal lagi, aksi anak Azhar Sulaiman buat netizen ‘naik angin’

Makanan favourite beruk peliharaan ini adalah mee kari, pasti hirup sampai licin

+ posts