Umno Kelantan minta Pas pilih antara Umno dan PPBM, Ini Penjelasan Mohd Amar

Umno Kelantan minta Pas pilih antara Umno dan PPBM, Ini Penjelasan Mohd Amar

UMNO Kelantan tidak boleh mengikat Pas untuk membuat pilihan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti berkenaan.

Syarat yang dibuat oleh UMNO itu tidak betul pada pandangan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pendirian Pas Kelantan, tegas Mohd Amar, masih sama dengan ketetapan yang dibuat Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyokong Perikatan Nasional (PN) dan mempertahankan Muafakat Nasional (MN).

BACA JUGA : Khairy perketat SOP mahu lemahkan UMNO? Ini penjelasan KJ

“Tak boleh begitu… tak sepatutnya dia (UMNO) nak ikat kita, nak suruh kita pilih antara dua… tak betul cara berfikir politik begitu.

“Masa depan negara macam mana pula? Kalau kita (Pas) minta dia (UMNO) pilih dan letak syarat, saya rasa kena toleransilah, kita tengok 22 hari bulan (Januari),” kata Mohd Amar.

Beliau berkongsi reaksi awal ketika diminta mengulas pertemuan antara pucuk pimpinan Pas dan UMNO Kelantan pada 22 Januari ini.

BACA JUGA : UMNO Terengganu yakin dapat tawan kembali negeri itu dari Pas

Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutus surat kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk mengadakan pertemuan.

Pertemuan yang ingin diadakan itu antara lain bertujuan menentukan pendirian politik Pas sama ada kekal dalam PN atau bersama MN.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, UMNO mahukan kepastian hala tuju Pas sebelum perancangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibincangkan.

BACA JUGA : Ini profil dan fakta menarik yang membuat Heliza terpikat dengan Datuk Seri Mahadi

Kedua-dua parti berkenaan bersetuju mengadakan pertemuan yang ditetapkan pada 22 Januari ini.

UMNO sebelum ini bertegas tidak mahu menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

COMMENTS