Undang-undang anti lompat parti perlu digubal sebelum PRU15

Undang-undang anti lompat parti perlu digubal sebelum PRU15

Sudah tiba masanya bagi Parlimen untuk. mewujudkan undang-undang anti lompat parti menjelangnya pilihan raya umum (PRU) ke 15 yang akan datang.

Ia jelas dan ketara apabila amalan melompat parti mampu membawa negara kepada ketidakstabilan politik seperti apa yang berlaku kini.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, ketidakstabilan politik menyebabkan kerajaan boleh jatuh pada bila-bila masa sekiranya berlaku amalan lompat parti sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

 

Dr Zaidi Zakaria

” Namun begitu, dalam konteks yang spesifik dan khusus secara logiknya kerusi Parlimen itu adalah hak atau aset parti asal yang tidak boleh dibawa lari atau pindah milik kepada parti baru.

“Dalam lain ertikata, ahli Parlimen bebas untuk berparti kepada parti yang baharu atau lompat parti, tetapi ia tidak boleh membawanya bersama kerusi Parlimen tersebut.

” Perlu difahami Perkara 10 (c) bersama dengan Perkara 10 (2) menyatakan Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan keatas hak yang diberikan oleh perenggan( c) fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, kenteraman awam atau prinsip moral, ” ujar beliau.

Tambah Dr Zaidi lagi, ahli Parlimen yang melompat parti sebenarnya merupakan mengkhianati rakyat dan pengundi yang mengundinya atas tiket parti asal dan dikira sebagai tiada moral politik.

Beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh turut menyarankan bahawa adalah memadai dengan interpretasi baru kepada Perkara 10 (2) dan tiada keperluan mutlak untuk meminda Perkara 10(c) sekiranya mahu mewujudkan undang-undang anti-lompat parti demi kepentingan serta keselamatan negara.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/wujudkan-undang-undang-anti-lompat-parti-sebelum-pru15/

COMMENTS