Ustaz ‘Aswaja’ promosi cucuk vaksin ‘kosong’ dan sijil palsu, netizen mahu tindakan diambil

Ustaz ‘Aswaja’ promosi cucuk vaksin ‘kosong’ dan sijil palsu, netizen mahu tindakan diambil

Tidak lama lagi, negara kita akan mencapai imuniti kelompok dan pastinya lebih banyak sektor akan dibuka serta keadaan negara kita akan berubah sedikit demi sedikit kembali pulih seperti sedia kala.

Umum mengetahui bahawa masih ada golongan yang tidak mahu mengambil vaksin. Malah, ada laporan mereka yang tidak menerima vaksin berasa di diskriminasi dan ada juga mahu memalsukan kad terima vaksin.

Terbaharu, pengasas pertubuhan ASWAJA telah promosi sijil vaksin palsu di Instagramnya. Menerusi perkongsiannya itu, dia turut mengatakan anda boleh cucuk vaksin ‘kosong’ dan dapatkan sijil vaksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan ada netizen yang melaporkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter. Tindakan netizen itu melaporkan selepas Khairy mengecam penyebaran berita palsu berkenaan vaksin dan mahu undang-undang dilaksanakan.

Laporan netizen tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen mengecam individu terbabit yang mempromosikan sijil vaksin palsu tanpa rasa malu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa marah kerana individu terbabit mempergunakan ‘agama’ dan suka-suka menukar hukum. Malah, rata-rata netizen mahu individu itu dikenakan tindakan kerana menyebarkan maklumat tidak benar dan juga promosi sijil vaksin palsu.

Sementara itu, ada yang pernah dimaki oleh golongan anti vaksin kerana tidak mahu berkongsi kad vaksin mereka.

Sumber : https://www.thevocket.com/promosikan-cucuk-vaksin-kosong-dan-sijil-palsu-netizen-mahu-ustaz-ini-dikenakan-tindakan/

COMMENTS