Usul Anwar bincang isu ekonomi rakyat ditolak dewan rakyat

Usul Anwar bincang isu ekonomi rakyat ditolak dewan rakyat

Usul Anwar bincang isu ekonomi rakyat ditolak dewan rakyat. Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan permasalahan ekonomi yang dialami negara membabitkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang ringgit.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata usul berkenaan tidak perlu disegerakan kerana ia sudah dibincangkan sebanyak lapan kali di Dewan Rakyat sebelum ini, termasuk usul tergempar mengenai isu itu yang difailkan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) pada Disember tahun lalu.

Selain itu katanya, isu berkenaan juga turut disentuh dalam sesi soal jawab hari ini yang dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan panjang lebar.

Usul Anwar bincang isu ekonomi rakyat ditolak dewan rakyat

“Saya sudah memberi lapan soalan untuk diajukan kepada menteri ekonomi yang dibincangkan selama 45 minit dan esok, akan ada lagi satu soalan.

“Selain itu, sesi ini adalah sesi bajet, di mana kita akan bincangkan bajet selama 23 hari di peringkat dasar dan jawatankuasa.

“Saya pasti, isu ini akan diperdebatkan semua Ahli Parlimen dan akan dijawab menteri berkaitan. Justeru, saya terpaksa menolak usul berkenaan,” katanya.

BACA:

Jennie Blackpink kantoi simpan gambar lelaki tanpa pakaian di telefon

Bekas isteri Bad Indigo temui pengganti setelah habis eddah

Polis bersekongkol dengan gangster, ini jawapan padu polis