Kejadian banjir luar biasa yang melanda baru-baru ini menyebabkan ribuan mangsa terkandas dan rumah ditenggelami air.
Shah alam boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya dengan semua laluan menghubungkan bandar raya itu terputus termasuk Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga yang rata-ratanya ditenggelami air.
Berkongsi pengalaman banjir terbesar yang melanda daerah ini, imam dua Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Husin Itam, air naik terlalu laju sehingga mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu selamatkan diri sendiri sahaja.