[Video] 3 lelaki lepasi kawat berduri ketika PKPD

[Video] 3 lelaki lepasi kawat berduri ketika PKPD

Dua orang lelaki dirakam melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Pukul 4 petang tadi saya dimaklumkan tentang kejadian penduduk melarikan diri dari kawasan PKPD PPR Pantai Ria iaitu di belakang blok B.

“Pihak polis telah dimaklumkan dan sedang menjejak mereka. Rumah mereka di PPR Pantai Ria juga telah dikenal pasti. Tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/04/2-lelaki-lolos-dari-kawasan-pkpd-diburu/

COMMENTS