[Video] Abang arwah Siti Sarah kongsi pengalaman positif Covid-19 tahap 4

[Video] Abang arwah Siti Sarah kongsi pengalaman positif Covid-19 tahap 4

Abang kepada penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous, berkongsi pengalaman mengerikan dijangkiti Covid-19 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

Menurut Ahmad Firdous, dia sebenarnya mengalami jangkitan virus tahap empat bukannya tahap lima seperti yang diperkatakan.

BACA JUGA : Ayu Raudhah sangka peluk suami, rupanya ‘terpeluk’ abang ipar sendiri

Dia menasihati orang ramai supaya terus mendapatkan rawatan di hospital jika ada simptom-simptom seperti demam panas atau muntah-muntah.

"Dah kena baru tahu seksa" Abang Siti Sarah cerita pengalaman positif Covid-19 tahap 4

Berdasarkan pengalaman sendiri, Firdous mendapatkan rawatan susulan di hospital lapan hari selepas dijangkiti. Hal itu menyebabkan paru-parunya rosak secara perlahan-lahan.

Menurut Firdous lagi, ketika dijangkiti penggunaan oxymeter adalah sangat penting untuk mengukur kandungan oksigen dalam badan.

Ahmad Firdous turut menyarankan orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk mengurangkan kesan teruk apabila dijangkiti.

Pengajarannya, bila dah kena baru kita tahu betapa peritnya.
Betapa lamanya nak lawan Covid. Susah..

Dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada keluarganya apabila dua nyawa sudah diambil iaitu Siti Sarah dan pembantu rumahnya.

Video penuh

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/bila-kena-baru-tahu-abang-ipar-shuib-kongsi-pengalaman-positif-covid19/

COMMENTS