[VIDEO] Artis terkenal dirukyah angkara terkena sihir, menahan perit tanpa suara

Menahan Perit Tanpa Suara, Detik-Detik Azwan Ali Dirukyah Angkara Terkena Sihir

Beberapa hari lalu, Azwan Ali yang mesra dengan nama popular Diva AA sempat mendedahkan kepada umum mengenai penderitaannya terkena buatan sihir yang dipercayai dihantar oleh seseorang dalam industri hiburan. Dakwanya lagi, si pelaku merupakan seseorang yang dikenali.

Artis terkenal dirukyah angkara terkena sihir, menahan perit tanpa suara

Gangguan menjadikan Azwan Ali merasa penat dan tak keruan

Bercakap tentang fasa getir berkenaan, artis berusia 57 tahun itu berkata gangguan paling teruk terjadi menjelang waktu lewat malam terutamanya selepas jam 3 pagi menjelang subuh.

Gangguan yang dialami turut menyebabkan dirinya menjadi tidak tentu arah serta kelesuan. Bahkan tegasnya, seseorang yang tidak kuat kemungkinan boleh menjadi gila tatkala menghadapi situasi tersebut.

Azwan Ali dapatkan rawatan dengan seorang ustaz dari Melaka

Malam tadi pula, portal media hiburan @Hib Glam sempat memuat naik rakaman detik-detik ketika Azwan Ali mendapatkan rukyah bersama seorang perawat Islam.

Saat ustaz menekan bahagian dadanya sambil membaca surah Al-Quran, Diva AA tampak sedang menahan keperitan tanpa suara langsung.

@hibglam.com.my PENGACARA sensasi Azwan Ali ketika menerima rawatan alternatif Islam dengan seorang ustaz di Melaka sebelum diberitahu telah 100 peratus pulih daripada disihir #alhamdulillah #azwanalidisihir #divaaa #sihir #rawatan #islam#hibglam #artismalaysia #selebritimalaysua ♬ original sound – HIBGLAM

Bersangka baik, orang dengki dengan kita tak kira siapa…Jaga diri dan lidah kita

Alhamdulillah, kini Azwan Ali sudah pun pulih daripada gangguan berkenaan sepenuhnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Diva AA. Sejak dikongsikan, rakaman tersebut telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

BACA :

‘Sebab rumah-rumah sekarang banyak bedal loan riba, tiada keberkatan dalam rumah walau frame letak nama ALLAH’
‘Kena faham.. Sarawak sebesar semenanjung.. Sabah separuh Sarawak..’
‘Punca b40 niaga makanan tapi tak sampai berapa bulan dah melingkup’