[Video] ‘Beliau’ panik, sangka di Melaka rupanya babi hutan sesat di Penang

[Video] ‘Beliau’ panik, sangka di Melaka rupanya babi hutan sesat di Penang

Seekor babi hutan didapati panik setelah mendapati kehadirannya disedari manusia dekat Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Orang ramai di kawasan tersebut gempar selepas melihat seekor babi hutan yang dipercayai sesat pagi tadi.

Kehadiran babi itu pada mulanya disedari seorang penghantar makanan kira-kira pukul 9 pagi sebelum menghubungi talian kecemasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, seramai lima anggota tiba di lokasi pada pukul 9.12 pagi bagi menangkap haiwan itu.

“Cubaan menangkapnya gagal sebelum babi itu lari ke kawasan semak di belakang tapak penjaja makanan di kawasan berkenaan.

“Kita menghubungi Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum haiwan itu terpaksa ditembak kerana dikhuatiri akan mengganggu dan membahayakan orang awam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Netizen memaklumkan babi hutan tersebut pertama kali dijumpai di Pulau Tikus dan mungkin berkeliaran hingga tiba di Persiaran Gurney.

COMMENTS