[Video] Detik cemas seorang wanita digigit buaya dan diheret masuk kolam buaya

[Video] Detik cemas seorang wanita digigit buaya dan diheret masuk kolam buaya

Pesta ulang tahun kelima seorang kanak-kanak bertukar menjadi insiden ngeri apabila seekor buaya telah menarik penjaganya ke dalam kandang di pusat reptilia, Scales & Tales di Salt Lake City, Utah, baru-baru ini.

Rakaman menakutkan itu sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang berada di situ. Pada mulanya, buaya berukuran 8 kaki tersebut dilihat membaham tangan mangsa ketika dia cuba mengarahkan reptilia itu masuk ke dalam kandang.

Buaya yang digelar ‘Darth Gator’ kemudiannya dilihat menyeret wanita itu ke dalam air dan mula ‘menggulung’ mangsa dengan kuat sebelum pengunjung mula berteriak meminta bantuan dan kanak-kanak menangis ketakutan.

Tangan wanita digigit buaya sebelum direntap masuk kandang

BACA JUGA : Viral !! Garaj pemimpin UMNO seperti showroom supercar

Seorang pengunjung, Donnie Wiseman, dilihat bergegas melompat ke atas buaya itu dengan berani untuk menyelamatkan mangsa. Dia seterusnya memberi arahan kepada mereka yang berada di situ agar membantu membawa mangsa keluar dari kolam.

Mangsa akhirnya berjaya ditarik keluar dengan bantuan seorang lelaki yang berada di luar kolam, manakala Donnie juga berjaya melepaskan diri dari buaya tersebut.

”Penjaga buaya itu adalah pahlawan sebenar, dia sangat profesional dan terlatih dan dia tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi seperti itu,” kata Donnie.

Tangan wanita digigit buaya sebelum direntap masuk kandang

Menurut laman web Scales & Tails Utah, pusat itu dikendalikan oleh keluarga yang menyediakan persembahan pembelajaran mengenai reptilia, burung, labah-labah dan kala jengking.

”Pengunjung yang menyelamatkan mangsa boleh berada di zon selamat seperti apa yang akan dilakukan oleh kita, tetapi mereka sebaliknya terlibat dalam situasi atas kehendak mereka sendiri demi membantu menyelamatkan mangsa.

”Bantuan yang diberikan bersama gabungan latihan oleh anggota kakitangan kami dapat menyelamatkan nyawa dan anggota badannya,” menurut kenyataan syarikat.

Pemilik syarikat, Shane Richins, berkata, dia masih mencintai Darth Gator walau apa pun yang berlaku.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada tangan kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Sumber : https://infopertiwi.com/video-tangan-wanita-digigit-buaya-sebelum-direntap-masuk-kandang/

COMMENTS