[Video] Elak kereta melawan arus menyebabkan lori terbabas

[Video] Elak kereta melawan arus menyebabkan lori terbabas

Tindakan sebuah kereta melawan arus menyebabkan sebuah lori hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Kejadian yang dirakam oleh papan pemuka sebuah kereta itu juga nyaris menyebabkan kereta perakam berkenaan melanggar lori yang terbabas itu.

Berdasarkan klip video berdurasi 30 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah melawan arus menyebabkan lori berkenaan membrek sebelum terbabas ke bahu jalan.

BACA JUGA : Timb Menteri PAS cadang kurangkan gaji pekerja tempatan dari RM1500 kepada RM1200

Tidak dapat dipastikan nasib pemandu lori berkenaan, namun bahagian depan lori terbabit telah terperosok ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

Tidak dinyatakan lokasi kejadian tersebut dan bila ia dirakam, namun Kosmo! difahamkan kejadian itu berlaku di sekitar laluan Kuala Selangor menghala ke Sabak Bernam

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan kereta yang melawan arus berkenaan dan menggesa pemandu lori atau kenderaan lain membuat laporan kepada pihak berkuasa.

BACA JUGA : Tular video cctv lelaki cium kepala wanita pula

“Kesian pemandu lori, tak pasal-pasal terjunam dalam longkang, apalah nasib pemandu lori itu. Harap dia buat laporan polis selepas ini,”tulis Marjan Malijun.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abe Yus Satar.

“Jenis pemandu yang suka lawan arus ni, elok tarik sahaja lesen supaya mereka tidak memandu dan membahayakan pengguna lain lagi, polis sila siasat kes ini,”tegasnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/08/lori-terbabas-elak-kereta-lawan-arus/

COMMENTS