[Video] Gempar !!! Dua ekor ‘anakonda’ ditemui di Marang

[Video] Gempar !!! Dua ekor ‘anakonda’ ditemui di Marang

Bukan di luar negara, sebaliknya dua ekor ular sawa batik bersaiz gergasi ditemui di Marang, Terengganu.

Memetik ciapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), reptilia yang masing-masing seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100 kg itu mengejutkan beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka.

BACA JUGA : Pengurus sekolah pondok didakwa rogol 12 pelajar hingga lahir 8 bayi

“Ular sawa pertama seberat 250kg dan sepanjang kira-kira 5.8 meter, manakala ular kedua seberat lebih 100kg dan sepanjang 4.2 meter,” demikian ciapan tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, empat keping gambar turut dimuat naik di laman Twitter rasmi APM.

Gambar-gambar tersebut memaparkan anggota APM sedang mengeluarkan reptilia berkenaan daripada tapak pembinaan.

COMMENTS