[Video] Gempar !!! Tasik Shah Alam ada buaya tembaga

Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor memasang dua pukat bagi menangkap seekor anak buaya tembaga yang sebelum ini dilihat orang awam di Tasik Shah Alam, Seksyen 14, di sini, hari ini.

Sumber PERHILITAN berkata, seramai enam anggota PERHILITAN dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan operasi menangkap reptilia dianggarkan berukuran 0.61 meter sejak pagi tadi.

Menurutnya, rondaan dijalankan secara pusingan dengan menaiki bot di sekitar tasik berkenaan.

BACA JUGA : Long tiger lari dari lokap mahkamah

“Sebanyak enam kali rondaan dijalankan sejak jam 10.30 pagi tadi bagi mengesan anak buaya berkenaan.

“Dua perangkap turut dipasang hari ini di sekitar tasik,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengesan anak buaya itu kira-kira jam 4.15 petang tadi di sekitar air pancut di tasik berkenaan sebelum kelibatnya tiba-tiba hilang.

BACA JUGA : Terkini !!! Caj pengeluaran RM 1 mesin ATM dikuatkuasa menjelang 2022

“Operasi ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada jam 8 malam ini sehingga jam 12 tengah malam.

“Berdasarkan pemerhatian, anak buaya ini masih kecil dan tidak boleh mencederakan manusia, tetapi pihak PERHILITAN akan menangkapnya secepat mungkin,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan anak buaya tembaga itu ditemui di atas pam air tasik itu.

No photo description available.

Reptilia itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi semalam sebelum menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.