Sejak kebelakangan ini, banyak pula kes rompakan di klinik. Hampir semua bersenjata.
Mahu tidak risau, memikirkan Encik Suami juga ada klinik sendiri.
Dengan jumlah pesakit yang semakin kurang, mungkin perlu bekerja sampai malam.
Alhamdulillah mulai semalam kedai makan boleh buka hingga jam 10.
Jika tidak, kiri kanan klinik memang sunyi.
Saya tak faham dengan orang yang berniat jahat ini. Bukannya banyak kutipan harian klinik. Separuh sahaja pesakit membayar tunai, separuh lagi adalah panel, maka tiada kutipan duit dibuat.
Klinik pun 2-3 bulan kemudian baru dapat duit.
Kalau lah semua doktor dibenarkan ada senjata api untuk pertahankan diri, bagus juga kan!
Saya pun nak ambil lesen!
Sama-sama kita doakan agar kita semua dilindungi Allah dari semua bentuk bahaya ya.
Disclaimer : Info dari bapa mertua saya (bekas polis), katanya video ini BUKAN kejadian di Malaysia. Tapi sila berhati-hati juga ya.
BACA :