[Video] Nia Ramadhani ditangkap kes dadah

[Video] Nia Ramadhani ditangkap kes dadah

DUNIA hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

“Saya mengesahkan penahanan sementara kedua-dua mereka iaitu NR dan AB dilakukan di Balai Polis Jakarta Pusat,” katanya kepada wartawan apabila ditanya kesahihan berita berkenaan.

Namun sehingga kini, masih belum diketahui secara lanjut kes yang menyebabkan pasangan ini ditahan termasuk berkenaan barang bukti seperti dadah.

“Tengahari ini selepas Zohor, saya akan mengadakan sidang media. Saya akan tunggu teman-teman di sana, ” kata Yusri lagi.

Pihak media kini sedang mendapatkan kenyataan dan menghubungi pembantu peribadi Nia iaitu Tere berkaitan penangkapan terbabit.

Namun sehingga kini, semua pihak terdekat masih mengunci mulut mengenai penahanan tersebut.

Berita penuh : https://www.mstar.com.my/spotlight/2021/07/08/nia-ramadhani-suami-ditahan-polis-polis-sahkan-ada-kaitan-dadah

COMMENTS