[Video] Penunggang motor nyaris dilanggar ford mustang

[Video] Penunggang motor nyaris dilanggar ford mustang

Sebuah Ford Mustang dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang, Kelantan. Seorang penunggang motosikal terselamat daripada dilanggar dalam kemalangan pada petang semalam.

Kereta Ford Mustang tersebut dipercayai gagal untuk memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh lori yang berada di lorong bertentangan, kejadian itu berjaya dirakam dashcam pemandu kereta di belakang lori tersebut.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, penunggang motosikal terlebih dahulu menjenguk bahagian hadapan dan segera mengelak ke kiri jalan apabila menyedari lori dan Ford Mustang mula bertembung antara satu sama lain.

Rakaman video dashcam itu mula tular pada tengah hari tadi telah meraih perhatian ramai yang berasa terkejut selepas melihat penunggang motosikal tersebut nyaris-nyaris dilanggar oleh Ford Mustang hilang kawalan setelah berlaku perlanggaran dengan lori itu.

Setakat artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan pemandu serta penumpang yang ada di dalam Ford Mustang tersebut. Dari gambar yang dikongsikan oleh netizen kelihatan bahagian kanan kereta tersebut telah hancur teruk akibat impak pertembungan kedua-dua buah kenderaan itu.

Semoga semua pihak terlibat dalam kemalangan buruk yang berlaku pada hari semalam segera cepat pulih seperti sediakala.

COMMENTS