[VIDEO] Rider cedera ditembak polis gara-gara enggan buka helmet dalam pusat beli-belah

GARA-GARA memakai topi keledar masuk ke dalam sebuah bank dekat pusat beli-belah, seorang penghantar makanan cedera di kaki selepas ditembak polis di Bangkok, Thailand.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin itu, mangsa yang dikenali Arkorn Yuenyong, 27 tahun ditembak di kaki kirinya oleh Timbalan Inspektor Trafik, Phantae Buawichaisin pada pukul 5.30 petang di luar pusat beli-belah.

Memetik laporan ThaigerNews, sebelum kejadian, berlaku kekecohan antara kedua-dua individu berkenaan selepas Arkorn enggan mematuhi arahan pegawai polis itu untuk menanggalkan topi keledarnya ketika berada dalam pusat beli-belah berkenaan.

Rider cedera ditembak polis gara-gara enggan buka helmet dalam pusat beli-belah

Ekoran daripada itu, Phantae terpaksa mengambil tindakan dan menembak Arkorn di kawasan tersebut.

Sementara itu, rakan sekerja Arkorn, Sakkarin Chato, 22 tahun, memberitahu media bahawa rakannya memakai topi keledar di dalam pusat beli-belah hampir setiap hari untuk memasukkan wang di mesin deposit tunai automatik.

Katanya, mereka tidak menanggalkan topi keledar kerana mereka mempunyai jadual yang padat untuk menghantar bungkusan.

“Ketika kejadian saya dan Arkorn sudah membuat transaksi di bank yang terletak di pusat beli belah tersebut seperti rakaman bukti dalam kamera litar tertutup (CCTV).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

“Pegawai berkenaan meminta Arkorn untuk membuka topi keledar namun dia dia mengingkari arahan tersebut dan terus berjalan ke arah pintu masuk untuk mendapatkan motosikalnya.

“Pada ketika itulah, pegawai polis tersebut mengejar Arkorn sebelum dia mengeluarkan pistol dan terus menembaknya,” kata Sakkarin kepada media tempatan.

Selepas kejadian tembakan itu, Arkorn dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Ketua Balai Polis Khlong Luang, Kiattisak Mitprasart menjelaskan pegawainya bertindak sedemikian bagi memastikan langkah keselamatan dilaksanakan memandangkan premis bank dan kedai emas di dalam pusat beli belah berkenaan selalu menjadi sasaran perompak.

Malah, ada dalam kalangan penduduk Bangkok bersetuju dengan penghantar makanan itu layak ditembak kerana melanggar peraturan.

Pada masa sama, ada dalam kalangan orang awam yang percaya pegawai polis itu mabuk tetapi Kiattisak menjelaskan bahawa keputusan ujian alkoholnya negatif.

BACA :

‘Tiap kali masuk waktu Subuh, aku mimpi ex aku datang merayu pada suami’
‘Dulu rasa “ala duduk berdua, makan luar lagi jimat”, rupa-rupanya sekarang jadi macam ni…’
‘Bila 2 orang doktor wanita nak check batu suami, aku terkedu. Bermalam aku demam, terngiang-ngiang’