Viral budak Rohingya jadi pengemis, JKM baru buat kerja?

Viral budak Rohingya jadi pengemis, JKM baru buat kerja?

Sejak beberapa hari lalu, tular akan video kanak-kanak lelaki dipercayai warga Rohingya meminta sedekah dengan cara kasar terhadap pengguna jalan raya.

Difahamkan, ada yang menuding jari, menunjukkan isyarat lucah, cubaan membuka pintu serta mengetuk cermin kereta agar memberinya wang.

Kanak-kanak mengemis dah kena angkut?

Susulan itu, menerusi perkongsian pengguna Twitter dikenali sebagai @jnmalaysia memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan operasi pengemis, semalam.

Difahamkan, operasi tersebut dilakukan dibeberapa kawasan lampu isyarat di hadapan Perkeso, KLCC serta Ampang Point.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik pengguna Twitter tersebut memaparkan beberapa orang peminta sedekah telah dibawa masuk ke dalam sebuah van oleh anggota yang bertugas ketika itu.

Dalam pada itu, pengguna Twitter berkenaan juga meminta orang ramai agar menghubungi Talian Kasih serkiranya melihat kanak-kanak Rohingya sedang meminta sedekah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih dan meminta agar membenteras golongan ini dengan segera.

Kasi angkut semua

BACA JUGA :ย Isteri โ€˜kantoiโ€™ curang depan mata anak, suami lafaz talak serta-merta

COMMENTS