Wanita berpakat dengan anak umum kematian diri sendiri, elak bayar hutang

Wanita berpakat dengan anak umum kematian diri sendiri, elak bayar hutang

Wanita berpakat dengan anak umum kematian diri sendiri, elak bayar hutang. Seorang wanita sanggup berpura-pura meninggal dunia demi mengelak membayar hutang sebanyak 4.2 juta rupiah (RM1,184).

Liza Dewi Pramita meminta anak lelakinya memuat naik gambarnya dibungkus kain kafan dalam Facebook dengan harapan pemiutang, Maya Gunawan tidak menuntut hutang tersebut.

Liza sepatutnya melangsaikan hutang tersebut sebelum 20 November lalu, namun gagal membayarnya dengan memberi alasan mengalami masalah kewangan serta sering meminta tempoh pembayaran semula.

Wanita berpakat dengan anak umum kematian diri sendiri, elak bayar hutang

Selepas berminggu-minggu, wanita itu kemudian tidak menjawab sebarang mesej sebelum berita mengenai kematiannya pula tersebar.

Terkejut dengan perkhabaran itu, Maya kemudian berusaha mendapatkan maklumat mengenai kematian Liza yang dikatakan meninggal dunia secara tiba-tiba.

Anak liza memaklumkan mengenai kematian ibunya akibat kemalangan ketika melalui jambatan di sebatang sungai dan jenazah dikebumikan jauh dari kediaman mereka.

Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Maya berusaha menyiasat beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook.

Penipuan tersebut akhirnya terbongkar dan Liza kini menjadi ‘jenazah’ paling popular di Indonesia selepas kisahnya tular.

BACA:

Tak sedar berborak dengan Menteri Kesihatan, pengunjung hospital sampai sudah tak tahu

Jawatan kosong besar-besaran di Lembaga Getah Malaysia 2023

Wanita kongsi petua air rebusan durian belanda atasi kebas kaki, kencing manis