Wanita ditikam, rupanya bukan disamun

Wanita ditikam, rupanya bukan disamun

Seorang wanita yang mengalami tekanan perasaan bertindak menikam pahanya sendiri, namun menipu mendakwa disamun dalam kejadian di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, berkata polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan bahawa kejadian cubaan samun itu tidak berlaku dan mangsa mencederakan diri sendiri di lokasi berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan rapi dijalankan mendapati mangsa reka cerita kejadian cubaan samun itu dan menikam paha kanannya sendiri.

BACA JUGA : Mesej tidak dibalas, rupanya suami dah meninggal

“Mangsa menerima tujuh jahitan pada luka tikaman di paha kanan. Motif kejadian adalah mangsa mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mangsa akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Selayang esok,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan tidak bertanggungjawab dan ianya adalah kesalahan di sisi undang-undang.

BACA JUGA : Gempar !!! Adun Rembia keluar Umno?

Akhbar berkenaan sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera selepas ditikam di paha dalam satu cubaan ragut di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak.

Polis menerima aduan pada jam 4.24 petang daripada orang awam yang menemui seorang wanita dalam keadaan cedera akibat ditikam dalam sebuah kereta di lokasi berkenaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/17/rupanya-bukan-disamun-wanita-alami-tekanan-perasaan-tikam-paha-sendiri/

COMMENTS