Wanita ini didenda mahkamah kerana gagal jelaskan wang RM33,962, rupanya ini yang terjadi

Wanita ini didenda mahkamah kerana gagal jelaskan wang RM33,962, rupanya ini yang terjadi. Seorang peniaga dalam talian didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal memberi penjelasan mengenai wang RM33,962 dalam akaun banknya.

Norhaslinda Abu Bakar, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki RM33,962 dalam akaun CIMB miliknya dan gagal memberikan penjelasan bagaimana wang tersebut diperoleh.

Kesalahan dilakukan di sebuah pangsapuri di Cheras di sini pada 21 dan 22 Mac lalu.

Wanita ini didenda mahkamah kerana gagal jelaskan wang RM33,962, rupanya ini yang terjadi

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1) Akta Undang-Undang Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, pelatih dalam kamar Tan Lai Joo yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas alasan perlu menjaga empat anak berusia 11, lapan, empat dan dua tahun.

“Anak guam saya mengaku cuai kerana beri akaun banknya kepada suami dan kini mereka dalam proses perceraian,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Mohamad Saad mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana wang dalam pertuduhan melibatkan puluhan ribu ringgit.

BACA:

Scammer katering ‘kekasih hati’ sudah dicekup, rupanya ramai yang sudah kena

‘Saya segan nak pikul gelaran itu’, Noraniza Idris tolak gelaran Datuk

Lama ‘menghilang’, ini keadaan terkini Sidi Oraza, ramai yang terkejut

+ posts