Wanita Jerman nyanyi lagu melayu, netizen kagum apa suami dia dah buat

Wanita Jerman nyanyi lagu melayu, netizen kagum apa suami dia dah buat. Semalam tular satu video di tiktok yang mana seorang perempuan yang berasal dari Jerman, Chelly menyanyikan lagu melayu dengan baik. Video tersebut dikongsikan di akaun tiktoknya @amirchelly dan video tersebut telah menarik perhatian para netizen dengan nyanyiannya.

“Suka Nyanyi Lagu Melayu”

Dalam video tersebut, Chelly tampil berbaju kurung menyanyikan lagu ‘Beribu Sesalan’ yang dinyanyikan oleh Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Dia mengatakan walaupun dia berasal dari negara Jerman, namun dia sangat suka untuk menyanyikan lagu melayu. Menurutnya, dia akan melancarkan sebuah lagu melayu yang bertajuk ‘Ubah Hati Ini’ pada 2 Disember 2022.

Wanita Jerman nyanyi lagu melayu, netizen kagum apa suami dia dah buat

“Tak Pelat Pun”

Hasil tinjauan Murai MY keruangan komen video tersebut, ramai warganet yang kagum dengan cara sebutannya ketika menyanyi yang langsung tidak ada cacat cela walaupun dia bukan berasal dari Malaysia. Ada juga yang memberi komen mengatakan suaminya berjaya melayukan isterinya yang berasal dari Jerman itu menjadi rakyat Malaysia yang sebenar. Nyanyiannya juga sangat merdu dan sedap didengar.

Husband berjaya memelayukan dia 😂

tak pelat pun , nice jee kalah aku 😭

WEYHHH SUMPAH SEDAP GILEERRRR

Apa-apapun Murai My mendoakan agar Chelly dan suami bahagia sentiasa dan berjaya di masa akan datang.

@amirchelly #ubahhatiini #lagumelayu ♬ original sound – Amirchelly🇩🇪🇲🇾

BACA:

Pengukuhan ringgit diharap berterusan, kurang kos import bahan makanan – Mohamad Sabu

Siapa Dr Zaliha? Ini fakta menarik Menteri Kesihatan wanita pertama negara

Pasangan pengantin baru ini dedah taktik penipuan jurugambarnya

 

+ posts