Wanita maut digilis LRT

Wanita maut digilis LRT

Wanita maut selepas terjatuh dari tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Sentul Timur, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada 4.30 petang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian dipercayai berlaku apabila wanita itu berjalan di atas tren yang tidak bergerak.

BACA JUGA : Seorang lelaki cuba bunuh diri di jejambat Lebuhraya Guthrie

“Dia juga duduk di besi penyambung gerabak dan terjatuh apabila tren mula bergerak, sebelum digilis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beh berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan kes masih dalam siasatan.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 5 petang untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa.

BACA JUGA : Ditangkap melakukan hubungan seks dalam ambulans, 2 petugas kesihatan dipecat

“Kerja-kerja mengeluarkan mayat selesai kira-kira setengah jam kemudian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, gangguan perkhidmatan laluan LRT Ampang/Sri Petaling berlaku disebabkan pencerobohan itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan dari Stesen Sentul Timur ke Stesen PWTC terpaksa dihentikan dan syarikat itu menyediakan bas shuttle untuk kemudahan pengguna dengan kekerapan 30 minit.

BACA JUGA : Ditangkap melakukan hubungan seks dalam ambulans, 2 petugas kesihatan dipecat

“Kami meminta maaf kepada pengguna atas gangguan perkhidmatan ini. Sebagai keselamatan Stesen LRT Sentul Timur dan PWTC akan terus ditutup sehingga maklumat lanjut,” kata kenyataan itu.

Pihak Rapid KL juga akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam melakukan siasatan ke atas kes berkenaan, selain meminta orang ramai untuk tidak menyebar gambar kejadian mahupun membuat spekulasi bukan-bukan.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/744886/wanita-maut-terjatuh-dari-lrt

COMMENTS