Wanita tergamam jumpa benda pelik dalam pulut panggang yang dibeli, ramai netizen cakap benda tak logik

Niat nak kongsi cerita, tetapi lain pula yang jadi apabila netizen ber debat mempertikai hantaran yang dimuat naik oleh wanita ini.

Jumpa ubat ‘stapler’ dalam kuih

Menerusi muat naik Halimah Jais, menyaksikan gambar kuih pulut panggang yang telah dibelah olehnya terdapat dua ‘bar’ ubat ‘stapler’.

Wanita tergamam jumpa benda pelik dalam pulut panggang yang dibeli, ramai netizen cakap benda tak logik

Tulis Halimah, selepas kejadian dia telah pun bertemu dengan penjual kuih itu, namun tidak menyangka pihaknya hanya menunjukkan sikap acuh tak acuh selain tidak meminta maaf pun atas kecuaian tersebut.

‘Macam tak logik’

Tidak dengan itu, Halimah kemudiannya berkongsi pula kisah dialaminya di dalam kumpulan ‘Masak.Apa.Tak.Jadi Hari.Ini.0fficial’ agar orang lain mengambil iktibar dan lebih berhati hati.

Namun, lain pula respon yang diterima apa.bila ada yang mengatakan cerita.nya tak logik dan direka.

Bagaimanapun, sebilangan.nya pula menyelar respon ber kenaan kerana yakin bahawa kejadian sebegitu tiada yang mustahil, cuma belum ter.jadi kepada diri sendiri sahaja.

BACA :

Pernah digelar ‘gila’ oleh penduduk kampung kerana sering kumpul kayu terbuang, kini mampu bina rumah sendiri
Ramai tak tahu kenapa rumah orang dulu-dulu tinggi dari tanah, ‘Orang Melayu dulu cukup genius’
‘Tak dapat zuriat terus poligami, kalau ko hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah nak pakai alasan ni’