Wartawan kena kecam kerana minta Tok Ti komen kisah Puteri Sarah. Baru-baru ini, tular perkongsian oleh pengguna Twitter memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ditembu bual oleh wartawan program tv.
Namun apa yang menjadi perhatian apabila Siti diminta untuk komen mengenai isu rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.
Dalam temubual tersebut wartawan berkenaan minta Tok Ti komen kisah Puteri Sarah.
Enggan mengulas mengenai rumah tangga selebriti lain, Siti hanya mendoakan agar kemelut mereka diselesaikan dengan baik.
Perkongsian temubual itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta peminat penyanyi itu yang mengecam tindakan wartawan berkenaan.
Netizen turut mempersoalkan soalan oleh wartawan itu yang tiada kena mengena dengan Siti Nurhaliza dan tidak sepatutnya bertanyakan mengenai hal rumah tangga orang lain.
Kata netizen lagi, ada banyak lagi soalan boleh ditanya kepada penyanyi popular itu antaranya mengenai hal konsert. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan soalan yang diutarakan oleh wartawan tersebut soalan bodoh.
PART 2
MELODI MMG DH TK BOLEH INTERVIEW PASAL KONSERT KER??? Dok tnya isu lailatul qadar la isu rumahtangga org lain la. Huh apoo ni???@FaizalAzharFACT @DSSNgallery @tv3malaysia aku dh lama x tgk melodi sbb cmni lah pic.twitter.com/owOT6jQ507— KO (@watieysoong) July 24, 2022
BACA:
Rossa Sera luah rasa sayang, tapi…