WHO dedah waktu sesuai untuk umum Covid-19 sebagai pandemik

WHO dedah waktu sesuai untuk umum Covid-19 sebagai pandemik

Pakar kesihatan awam dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengadakan perbincangan untuk memutuskan tempoh masa sesuai mengumumkan pengakhiran krisis kesihatan global Covid-19.

Menurut WHO, pihaknya tidak bercadang membuat deklarasi itu buat masa sekarang, walaupun banyak negara sudah menyaksikan penurunan kes, lapor Bloomberg.

Ini disebabkan, kes kematian mula melonjak kembali di Hong Kong dan China pula merekodkan lebih 1,000 kes baharu buat pertama kali selepas tempoh dua tahun.

WHO dedah waktu sesuai untuk umum Covid-19 sebagai pandemik

Perbincangan di Geneva itu memberikan tumpuan mengenai keadaan yang memberi isyarat kecemasan kesihatan awam yang diisytiharkan sejak 30 Januari 2020.

Pengisytiharan sedemikian bukan sekadar langkah simbolik yang bermakna, bahkan menambah momentum kepada penarikan semula banyak dasar kesihatan awam semasa pandemik.

“Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa mengenai Covid-19 sedang melihat kriteria yang diperlukan untuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam sebagai kebimbangan antarabangsa untuk ditamatkan.

“Setakat ini, kami belum memutuskan perkara itu,” kata agensi tersebut menerusi kiriman emel.

Banyak negara di seluruh dunia sudah melonggarkan sekatan untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti tidak perlu memakai pelitup muka dan pembukaan sempadan negara.

WHO berkata, masih banyak negara Asia merekodkan kadar jangkitan yang tinggi.

Jelasnya, sebanyak 10 juta kes Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dan 52,000 kematian minggu lalu.

WHO dedah waktu sesuai untuk umum Covid-19 sebagai pandemik

Pakar turut memberi amaran sekalipun kes Covid-19 menurun ke tahap terendah, wabak itu masih boleh menyebabkan ribuan orang mati setiap tahun.

Ini kerana virus tersebut tidak sama seperti penyakit endemik lain seperti demam malaria dan tuberkulosis.

“Varian baharu yang berpotensi muncul dan lebih berbahaya juga sukar diramalkan,” katanya.

Perbincangan WHO itu akan memberikan implikasi kepada pengeluar vaksin seperti Pfizer Inc. dan Merck&Co. yang bersetuju membenarkan persaingan generik terhadap rawatan Covid-19 sehingga wabak berakhir.

Pengeluar vaksin AstraZeneca juga akan mengekalkan produk dengan harga rendah sehingga wabak berakhir.

Tonton:

Berita Lain:

Pakcik rai birthday isteri hanya beli burger tepi jalan, tindakan secret recipe undang sebak

Ini rahsia letak bunga cengkih masa masak nasi yang ramai tidak tahu

Hanya guna bahan buangan ini sahaja untuk lebatkan buah di pokok

COMMENTS

Wordpress (0)