Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu

Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu

Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu. Kos servis baikpulih Bugatti bukanlah murah, harga jualan hypercar tersebut bahkan lebih tinggi berbanding model supercar yang ada di pasaran.

Misalnya kos menukar minyak pelincir Bugatti Veyron menyamai harga dua buah Perodua Axia manakala penyelenggaraan sebuah Chiro Pur Sport pula bernilai seunit supercar baharu.

Sebagai contoh menggantikan sepasang pengelap cermin Chiron Pur Sport sahaja pemilik perlu mengeluarkan wang sejumlah RM15,902.

Jadi bagi menjawab persoalan tersebut, akaun Youtube Waterjet Channel melakukan eksperimen pada rim Bugatti Veyron yang bernilai AS25,000 (RM112,100) dan dibaluti tayar Michelin siri 365/710 R 540 berharga AS10,000 (RM44,840).

Tayar berkenaan bukanlah baharu yang mana tahun pengeluaran 2016 dan menurut video tersebut Veyron perlu menggantikan tayar setiap lima tahun tanpa mengambilkira perbatuan.

Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu

Bagaimana pula dengan rim?, walaupun kelihatan bagus tetapi Bugatti sangat teliti apabila melibatkan komponen berkenaan. Video itu menyatakan jangka hayat rim tertakluk kepada pemeriksaan x-ray setiap kali pertukaran tayar.

                                       

Ini bagi memeriksa sekiranya berlaku keretakan halus pada rim aluminium tersebut. Justeru itu, video berkenaan memotong rim Bugatti tersebut bagi melihat bahagian dalam.

Penemuannya, rim Bugatti didatangkan dengan komponen cincin dalaman (inner ring) yang boleh menyokong tayar sekiranya berlaku letupan. Rim buatan OZ Racing itu juga dilekatkan pada tayar ketika pemasangan.

Bugatti hanya membenarkan dua set tayar baharu dipasang pada rim sebelum rim baharu diperlukan. Ini adalah untuk memastikan integriti roda dan kualiti kedap kumai (bead seal) apabila tayar dipasang.

BACA:

Rumah tak siap-siap, pembeli pun ramai dah arwah

Jurukimpal dalam air wanita pertama di Malaysia, power betul

Susulan pendedahan, bapa pelakon remaja ditahan polis