Youtuber UK kagum dengan burger Ramly, burger terbaik pernah dimakan

Youtuber UK kagum dengan burger Ramly, burger terbaik pernah dimakan

Youtuber UK kagum dengan burger Ramly, burger terbaik pernah dimakan. Bulan lalu, seorang Vlogger yang berasal daripada UK telah melawat ke Malaysia untuk bercuti dan merasa makanan-makanan tempatan yang ada di Malaysia.

Lengkap Dengan Perasa Maggie, Netizen Kagum Lihat Skil Mat Salih Ini Masak ‘Burger Ramly Special’

‘Habis Dalam Sekelip Mata’ – Pelakon Terkenal Korea Ini ‘Approve’ Kesedapan Aiskrim Gula Apong Di Kuching

Vlogger yang bernama Heli tersebut telah mencuba salah satu burger terbaik yang pernah dihasilkan oleh tamadun manusia iaitu burger Ramly.

Berdasarkan videonya, Heli menginap di salah sebuah hotel di bandar KL, dan dia diberitahu terdapat tempat burger terbaik berhampiran tempat tinggalnya.

Youtuber UK kagum dengan burger Ramly, burger terbaik pernah dimakan

Sebaik tiba di kedai burger tersebut, beliau kelihatan terkejut kerana sudah ada beberapa pelanggan yang sudah beratur, dan menunggu pesanan mereka selama kira-kira 40 minit.

Dia menempah burger daging yang disertakan dengan keju, mayonis, sos berbeku dan perasa lain yang berharga RM10.

Kelihatan beliau teruja pada suapan pertama, “Daging lembu, sangat berair. Sosnya, manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka, kawan.”

Beliau jelas menikmati Ramly Burger sambil memberikan tanda suka kepada kepada penjual gerai burger itu dan berkata “bos, burger sedap”.

BACA:

Politik Sabah : Bung Moktar terkeluar, Adun PH masuk kerajaan

Gara-gara Syamsul, Shamsul Ghau Ghau jadi mangsa