Zahid jumpa menteri BN semalam

Zahid jumpa menteri BN semalam

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, petang tadi mengadakan pertemuan dengan barisan menteri daripada parti itu di Menara Dato Onn, di sini.

Difahamkan pertemuan itu adalah perjumpaan biasa dua minggu sekali itu yang diadakan BN setiap bulan.

Beberapa menteri yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut mengenai inti pati mesyuarat itu, termasuk spekulasi mengenai perbincangan berkaitan krisis politik di Perak.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762997/zahid-jumpa-menteri-bn

COMMENTS