Zhafvlog hina filem ‘Syahadan’ tak bermaruah, sekali Yusof Azmi tampil ‘backup’

Zhafvlog hina filem ‘Syahadan’ tak bermaruah, sekali Yusof Azmi tampil ‘backup’ ezza yusof syamsul yusof isma yusof vivy yusof edika yusof yusof haslam faizal yusof filem melayu

 

Filem Syahadan yang baru sahaja membuka tirai tayangan kepada umum nampaknya menjadi mangsa terbaharu ZhafVlog apabila teruk ditibai oleh pengulas filem tersebut. Filem Syahadan yang mula ditayangkan pada 11 Februari lalu dan memfokuskan kepada silat telah dinilai sebagai ‘Filem tanpa maruah, filem hina’ oleh Zhaf.

Kritikan ini nampaknya telah menarik perhatian Yusuf Azmi, seorang aktivis yang melihat kritikan ‘kejam’ yang dikeluarkan oleh Zhaf adalah bersifat menghina dunia persilatan dan orang melayu itu sendiri. Dia juga turut mempelawa Zhaf untuk duduk semaja bagi dia memahami lebih mendalam apa yang “dimarahkan sangat dengan dunia persilatan? Apa yang dimarahkan sangat dengan bangsa melayu?”

Zhafvlog hina filem 'Syahadan' tak bermaruah, sekali Yusof Azmi tampil 'backup'

Dalam video yang berdurasi selama hampir 40 minit yang dikeluarkan di facebook, Yusuf Azmi turut meluahkan rasa sedih kerana orang yang menghina filem Syahadan itu adalah dari kalangan bangsa melayu sendiri. Dia juga percaya bahawa setiap kritikan itu mempunyai kaedahnya tersendiri, “Sesiapa sahaja boleh memberi kritikan, boleh memberi nasihat. Buatlah apa nak buat, tiada masalah, nak kutuk atau apa ke. Tetapi ada kaedah untuk kita memberi kritikan. Janganlah buat kritikan tanpa berasas.”

Di dalam video tersebut, Yusuf Azmi beberapa kali mendakwa bahawa Zhaf sebenarnya tidak membeli tiket untuk menonton filem Syahadan, tetapi telah mengeluarkan satu kenyataan yang berbaur kecaman terhadap filem yang mengangkat martabat silat.

Zhafvlog hina filem 'Syahadan' tak bermaruah, sekali Yusof Azmi tampil 'backup' ezza yusof syamsul yusof isma yusof vivy yusof edika yusof yusof haslam faizal yusof filem melayu

Justeru, dia telah menawarkan diri untuk duduk semeja dengan Zhaf, “Saya nak berjumpa, saya nak tahu di mana tempatnya. Boleh saya datang ziarah untuk saya nak ta’aaruf, saya nak berkenalan dengan beliau, saya nak tahu apa sebab dia buat macam ini. Bukan pergi nak pukul pun,” kata Yusuf Azmi.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Yusuf Azmi dilihat seolah menyerang peribadi dan bukannya berkisarkan filem tersebut. Orang ramai merasakan apa yang disentuh oleh Zhaf adalah kritikan mengenai teknikal filem tersebut bukannya dunia persilatan mahupun bangsa melayu.

“Banyak kali juga menyokong usaha Yusuf Azmi sebelum ni. Dan saya juga banyak tak setuju dgn ZhafVlog sebab cara dia. Tapi apa ni bang. Tak rileknya.

Dia komen tentang teknikal filem lah. Yang pergi melarat video serang personal tu dah kenapa? Soal personal melayu dan silat. Tibernya,” kata salah seorang netizen di bahagian komen.

“Bang dia bukan hina orang melayu, seni silat atau agama. Perkataan Abang tu macam fitnah dia pulak.. Zhaf tu dia komen pasal teknikal filem.. macam skrip, cinematography, angle camere, plot cerita, lakonan, audio.. kalau dia komen sampah tu maksudnya merujuk kepada teknikal filem tu.. bukan nk hina silat, bangsa atau agama,” kata salah seorang netizen yang lain.

Filem Syahadan yang menampilkan juara silat dunia dan pesilat negara Al Jufferi Jamari sebagai pelakon utama mengisahkan seorang pemuda berlatih silat yang perlu menghadapi perjuangan mental dan fizikal untuk menentang sindiket samseng di kampungnya. Selain Al Jufferi, antara mereka yang berlakon di dalam filem ini ialah Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid, Taqiyuddin Hamid dan para-para atlet pesilat negara.

Sebelum ini Zhafvlog dalam kenyataannya di laman Twitter berkata; “From Budak Kripto to Budak Silat real quick! Sound out, camera angle teruk, script jahanam dan cringe. Short film youtuber lagi berkali ganda berkualiti. Genre bersepah kejap drama, kejap lawak bodoh, kejap macam Scott Pilgrim.”

Beliau turut menambah; “Surprisingly Tok Guru lagi pandai berlakon dan lontarkan dialog. Villain baca script macam baca buku teks. Fighting sequence terlalu amatur, tiada pergerakkan yang mengujakan. No wonder Astro dulu taknak amik untuk ditayangkan di Astro First, terlalu SAMPAH.

Tonton:

Berita Lain:

Suami isteri belanja sakan wang RM200,000 masuk akaun sendiri, rupanya bank tersalah masuk

Bos Petronas hadiahkan pakej umrah kepada makcik ini, 28 tahun kerja isi minyak

Kecoh satu kelas, ingat angkat tangan tak faham cikgu ajar, ini yang terjadi…

COMMENTS

Wordpress (0)