Zuraida umum kes Adib ditutup, tiada pembunuh berjaya dihukum

Zuraida umum kes Adib ditutup, tiada pembunuh berjaya dihukum

Kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sudah ditutup tetapi akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

BACA JUGA : Tular video MPV mewah timbalan menteri dipandu secara berbahaya

“Itu yang saya difahamkan tetapi mungkin mereka (pihak berkenaan) belum mengumumkan (kes berkenaan ditutup) dan melihat bagaimana kita dapat membantu keluarga Adib,” katanya ketika ditemui media pada Program Jelajah Ampang Prihatin di Kuala Ampang di sini pada Sabtu.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/163436/BERITA/Nasional/Kes-Adib-akan-dibuka-semula-jika-ada-bukti-baharu?

COMMENTS