52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp

52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp. Bermula November, sebahagian pengguna telefon pintar tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp kecuali menaik taraf peranti masing-masing.

Sebelum ini, WhatsApp mengumumkan untuk menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar mulai 1 November ini.

Ia bermakna, berjuta-juta pengguna akan disekat daripada menggunakan aplikasi sosial berkenaan melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar.

Menurut WhatsApp, langkah itu adalah bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat.

Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas, manakala bagi pengguna iPhone, ia hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.

52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp

Tetapi, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Pengguna iPhone 4S dan model-model terdahulu pula tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp lagi selepas ini kerana ia tidak menyokong iOS 10.

Portal Tech Advisor melaporkan, bagi pengguna Android 4.0.4 atau lebih awal, mereka perlu memeriksa sama ada terdapat kemaskini sistem operasi terbaru.

“Bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat kemas kini, pengguna tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan telefon pintar terbaru,” katanya.

Menurutnya, pengguna juga dinasihatkan memuat naik sejarah perbualan, gambar, video atau dokumen di WhatsApp ke Google Drive bagi membolehkan ia dimasukkan semula selepas mendapatkan peranti baru.

Berikut adalah senarai peranti yang tidak boleh menggunakan WhatsApp bermula esok.

iPhone

iPhone 6

iPhone 6S plus

iPhone SE

Samsung

Galaxy Trend Lite

Galaxy Trend II

Galaxy SII

Galaxy S3 mini II Dual

Galaxy Xcover 2

Galaxy Core

Galaxy Ace 2

LG

Lucid 2

Optimus F7

Optimus F5

Optimus L3

Optimus F5

Optimus L5

Best L5 II

Optimus L5

Dual Best L3 II

Optimus L7

Optimus L7 II

Dual Best L7 II

Optimus F6

Enact Optimus L4 II

Dual Optimus F3

Best L4 II

Best L2 II

Optimus Nitro HD

Optimus 4X HD

Optimus F3Q

ZTE

ZTE V956

Grand X Quad V987

Grand Memo

Sony

Xperia Miro

Xperia Neo L

Xperia Arc S

Huawei

Ascend G740

Ascend Mate

Ascend D Quad XL

Ascend D1 Quad XL

Ascend P1 S

Ascend D2

Model-model lain

Alcatel Archos 53 Platinum

HTC Desire 500

Caterpillar Cat B15

Wiko Cink Five

Wiko Darknight

Lenovo A820

UMi X2

Run F1

THL W8

BACA:

Cara sebenar tanam pokok kunyit dalam pasu

Ini kaedah sebenar cuci langsir guna mesin basuh agar tak rosak

Menantu pelik tandas Mertua asyik berlendir, akhirnya terbongkar rahsia…