Alif Hadi dituduh berkesedudukan dengan Yasmin Hani kerana video ini

Alif Hadi dituduh berkesedudukan dengan Yasmin Hani kerana video ini

Alif Hadi dituduh berkesedudukan dengan Yasmin Hani kerana video ini. Pasangan pelakon Alif Hadi dan Yasmin Hani yang sedang hangat bercinta sering berkongsi video melakukan pelbagai aktiviti bersama di laman sosial.

Terbaharu, pasangan kekasih tersebut dituduh tinggal serumah bersama walaupun masih belum mempunyai ikatan yang sah gara-gara video yang dimuat naik oleh Alif di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu memaparkan Alif cuba untuk menutup pintu peti sejuk berulang kali namun tersekat kerana tidak menyedari bahawa anak lelaki Yasmin iaitu Eissa Elzander berada di tengah peti sejuk tersebut sebelum lari mengusap kepalanya.

Namun begitu, ada segelintir warganet melemparkan tuduhan di ruangan komen dengan menyatakan Alif seronok dapat tinggal serumah dengan Yasmin.

“Bestnya duduk serumah,” tulis seorang warganet.

Alif Hadi dituduh berkesedudukan dengan Yasmin Hani kerana video ini

Tidak berdiam diri, Alif tampil membalas tuduhan yang ditinggalkan diruangan komen dengan menjemput individu tersebut ke rumah untuk membuktikan ia perkara betul atau fitnah semata-mata.

Terdahulu, Alif telah membuat satu kenyataan menyatakan bahawa dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Yasmin pada hujung tahun ini.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 330,000 jumlah tontonan dan menerima lebih 8,000 tanda suka.

@al1fhad1 Kadang-kadang terlupa..😅 #foryou #tiktokmalaysia #foryoupage #fyp #meme ♬ original sound – Alif Hadi

BACA:

Pertanyaan anak Zizie Izette buat ramai sayu

Sekali Puteri Balqis dedah perangai tak senonoh bapanya, ramai ternganga

30 pengunjung nyaris dihanyutkan kepala air