Bantuan Kerajaan : Ini cara mohon RM1,000 untuk belia, ‘apply’ sebelum terlambat

Bantuan Kerajaan : Ini cara mohon RM1,000 untuk belia, ‘apply’ sebelum terlambat bantuan prihatin rakyat bantuan prihatin nasional bantuan prihatin national bantuan covid sabah bantuan khas covid bantuan prihatin semakan bantuan khas covid bantuan sara hidup semakan status bantuan prihatin nasional bantuan prihatin rakyat 2021

 

Tahukah anda? terdapat satu berita baik buat semua golongan belia kerana dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 yang lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1,000 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.

Untuk makluman, bermula pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan.

Bantuan Kerajaan : Ini cara mohon RM1,000 untuk belia, 'apply' sebelum terlambat bantuan prihatin rakyat bantuan prihatin nasional bantuan prihatin national bantuan covid sabah bantuan khas covid bantuan prihatin semakan bantuan khas covid bantuan sara hidup semakan status bantuan prihatin nasional bantuan prihatin rakyat 2021

Sehubungan dengan itu, insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

Sila ikuti segala artikel yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan bantuan ini.

TUJUAN BANTUAN

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai kerja tetap. Juga untuk membantu belia tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

MAKLUMAT BANTUAN

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:
Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif

SYARAT KELAYAKAN

– Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:
– Merupakan Warganegara Malaysia
– Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
– Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
– Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

MAKLUMAT TAMBAHAN

– Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah:

Tonton:

Berita Lain:

Reaksi muka budak nak lari dari rumah kerana merajuk buat ibunya ketawa

Lama tidak munculkan diri, Waheeda Wassini akhirnya buka mulut

Bos Petronas hadiahkan pakej umrah kepada makcik ini, 28 tahun kerja isi minyak

COMMENTS

Wordpress (0)