[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Bos Petronas hadiahkan pakej umrah kepada makcik ini, 28 tahun kerja isi minyak petronas near me petronas twin towers petronas logo my passport petronas petronas career universiti teknologi petronas [/bg_collapse]
Benarlah kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Kalau kita sudah berusaha semampu yang boleh, pasti perkara yang baik akan datang juga satu masa nanti.
Kata-kata ini bolehlah kita inspirasikan daripada kisah seorang makcik yang kini viral di aplikasi TikTok.
Menerusi perkongsian @siti5874, makcik bernama Sapuan ini telah bertugas di Petronas Pendang, Kedah selama 28 tahun! Uish lama betul tu.
Digelar staf yang paling legend di stesen minyak tersebut, majikan makcik ini telah menghadiahkannya pakej umrah sebagai ‘Long Service Reward’ kepada makcik tersebut. Allahu rezeki!
Menerusi video tu, korang dapat lihat makcik berkenaan telah menaiki flight business class untuk ke Tanah Suci Mekah dan dia telah mengerjakan ibadah umrah di sana bersama beberapa individu lain.
“Saya mai dok pendang tahun 1992, dia dok kat pam tu, sampai la dok pam tu la”
Video tersebut telah mendapat pelbagai komen positif dari netizen yang memuji majikan Makcik Sapuan yang telah memberikan hadiah terbaik buat wanita itu.
Malah ada juga di kalangan netizen yang mengenali makcik terbabit dan mengakui wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi. Lama betul tu! Ada di antara kita yang tak lahir lagi gamaknya.
Seronok tengok makcik ni akhirnya dapat ke Tanah Suci. Moga-moga kita pun satu masa nanti dikurniakan rezeki untuk ke sana juga.
Tonton:
Berita Lain:
Geram Betul Tengok Makcik Firaun Ni, Rasa Nak Hempok-Hempok” Baru Muncul Sudah Dikecam
Shila amzah failkan penceraian, suami enggan keluar rumah
Klu yang astro beri sahkan disebalik Burung Hantu itu Hanna Delisha